Minum Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Pagi2 cmni, semua msti nk makan kan,,,tp,
Shap nk share sikit lah sal minum ni,,,tertengok FB, so nk share la jgk,,,hehe,,
share ni pn supaya kita selalu ingat kt Rasulullah.. Insyaallah dengan selalu ikut sunnah, kita diberkati hidup di dunia dan di akhirat... Aminn...

kita minum semestinya untuk hilangkan dahaga kan...
Ketika minum, kita pn boleh buat pahala tau,,,
cam biasalah baca BISMILLAH ialah salah satunya,,, tp kita boleh tambahkan lagi pahala kita lau kita ikut Sunnah Rasulullah S.A.W... jom sama2,,,hehe



1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) 

0 Komen:

Post a Comment

Komen jer...Jangan Malu..Heee