Rahmat, Keampunan, Keselamatan drpd api neraka

Assalamualaikum...

Alhamdulillah arini da masuk puasa yang ke 9..
Syukur kepada Allah S.W.T sebab Engkau telah memberi peluang kepada hambaMu ini menunaikan rukun Islam yang ke 3 untuk Tahun ini... Alhamdulillah,,,

ermmm,,,Semakin hari, semakin singkat bulan ramadhan..="(. Berat hati untuk meninggalkan bulan ni...

Bulan yang penuh Kerahmatan,,,

Alhamdulillah jgk kerana bulan ini jgk la,, Engkau telah membuka hatiku dan kawanku ya Allah untuk terus beribadah kepadaMu Ya Allah ke jalan yang benar,,,

Sedar x sedar,,,
kita telah menghampiri kepada fasa ke 2 ramadhan iaitu fasa Keampunan..


3 fasa dalam bulan ramadhan



Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :

أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه

Ertinya: Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Dan sesungguhnya Allah Ta’ala menilik (dengan pandangan rahmatNya) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat tilikan Allah Ta’ala nescaya ia tidak akan disiksaNya, selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)





sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas, 3 fasa ramadhan ramadhan yang perlu kita ambil cakna iaitu,

fasa pertama : rahmat (hari ke 1-10)
fasa kedua   : maghfirah/ keampunan (hari ke 11-20)
fasa ketiga  : pembebasan dari api neraka (hari ke 21-keatas)


p/s
: ayuh teman2, rebut peluang ini yang hanya sekali sahaja untuk setahun,,
ayuh buka hati kita untuk beribadah kepada Allah,,,
Andaikan ini ialah ramadhan terakhir kita,, jd, jgn sia-siakanlah peluang ini,,,

Terajak perahu, boleh berundur lg,
Terajak kata, buruk padahnya( cm xdak kaitan jer ayat ni,,,hehe)

p/s : maaf lau ada salah dan silap..
tegurlah hamba Allah ini yang sentiasa melakukan kesilapan,,

Wassalam

♥ Zinnirah ♥


Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi 

Tajuk Nasyid : Zinnirah
Artis : Unic
Album : See You Di Ipt


Nasyid ni best,,,
yg menerangkan tentang ketabahan seorang wanita tahanan...
msti ramai yg x kenal sapa Zinnirah,,,
nk kenal click jer nama Zinnirah...

Wassalam

Hati Oh Hati

Assalamualaikum...

Bincang pasal hati, hati lah segala-galanya yang menggerakkan kita melakukan sesuatu perkara,
Sama ada ke jalan yang benar atau jalan yang salah,,,
jika hati mengajak kita melakukan Ibadah, kita telah menuju kejalan yang benar,
jika hati mengajak kita melakukan kemungkaran, maka kita menuju ke lubang kemungkaran..
Yang mengawal hati semestilah kita,,
ayuh sama2 mengawalnya kearah kebaikan...JOM!!!

Bincang pasal hati, maka adalah cinta,,,hehe(cinta pulak dah,, puasa shap, puasa,,hehe)
Terbacalah dalam sebuah buku, iaitu dialog antara dua orang hamba Allah iaitu Seorang Ustaz dan Seorang Rakyat, Mukmin(nama tipu) iaitu biasa yang memerlukan pertolongan...

Mukmin : 
Ustaz, Bagaimana remaja dpt mengelakkan diri drpd suka kpd perempuan?
Walhal, zaman remaja adalah bkn waktu mula berjinak bg menyukai perempuan. Bagaimana caranya bagi mengelakkan perasaan itu?

Ustaz :
Manusia suka akan pasangan yang berlainan jantina mmg satu fitrah. Lelaki suka meliht prmpuan, prmpuan juga suka mlihat lelaki.
Kerana itulah, Allah telah mensyariatkn nikah bg melunaskn kprluan hidup berpsngn.
Sekira belum masa usia menikah, maka jagalh pndngn drpd suka meliht perempuan kerana dalam suatu hadis Nabi Muhammad S.A.W mengtakn yg brmaksud,

"Sesiapa yg memejamkn matanya drpd melihat kecantikan seseorang perempuan,
maka Allah akan memberikn rasa sedap ketika berbuat ibadah kepada-Nya"

Elakkan diri drpd suka ke tmpt2 ada prmpuan melainkn kerana hajat yg perlu. berkawan dgn mrk yg ada sifat warak dan takwa. Rajinkandiri bagi hadir ke majlis2 agama supaya hati menjd lbih jernih..



Dialog ni sgt brguna kpd aku untuk usia aku skrg,,,(jangan duk perasan la shap..hehe)

aku mencari isteri, bukan mencari seorang girlfriend...(ecece...hehe)
Wanita yang memimpinku kejalan yang benar...^^

Sntiasa aku brpegang kpd

"Jodoh ditentukan oleh Allah S.W.T"

jd biarlah Allah yg uruskan hal jodoh kita,, tp kita mesti jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T.
Bila kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita ke jalan yang benar^^..


وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

(An Nur: 26)
semangat shap semangat!!!!

harap maaf kalau tersilap bahasa,,
penulisan seorang hamba yang lemah mmg mcmni,,hehe
grammar mmg hancur,,,hehe

apapun,,,
Teruskan hidup untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T. ^^

SELAMAT BERRAMADHAN...^^

P/S : jgn x puasa tau, dosa besaq...hehe ^^

Wassalam^^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Ramadhan ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


 Assalamualaikum...

[ from fb ]
Tips Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan

1. Memperbanyakkan taubat
Kita perlu bertaubat setiap hari supaya diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran pada masa kini. Ia juga dapat membersihkan hati selain mendapat ketenangan hakiki. Terlalu banyak kelebihan bertaubat, ganjaran di akhirat mahupun habuan di dunia. Bertaubat boleh menyembuhkan penyakit dan juga mendatangkan rezeki dari Allah.

2. Membiasakan membaca Al-Quran
Di antara ibadah utama di dalam bulan Ramadhan ialah dengan bertadarus atau membaca Al-Quran. Sebaiknya kita tidaklah perlua hanya menunggu bulan Ramadhan untuk membaca Al-Quran kerana sebaiknya kita biasakan diri membaca Al-Quran di luar bulan Ramadhan yang akan memudahkanlagi kita melakukannya di dalam bulan Ramadhan.

Satu huruf al-Quran bersamaan dengan 10 ganjaran jika dibaca di luar Ramadhan. Jika dibaca dalam bulan Ramadhan, pahalanya akan berlipat kali ganda. Jika al-Quran dibaca di dalam solat, pahalanya akan menjadi lebih besar nilainya.

Oleh sebab itu, mengapa kebanyakan surau dan masjid melantik imam dikalangan huffaz (tahfiz al-Quran) untuk mengimami solat tarawihk di dalam bulan Ramadhan, kerana pahala solat dan pahala mendengar bacaan Al-Quran cukup besar.

3. Membiasakan diri dengan zikrullah
Zikrullah atau berzikir meningati Allah bukan terhad kepada membilang tasbih ditikar sembahyang sahaja. Mengingati Allah boleh dilakukan secara berdiri, duduk mahupun berbaring sebelum tidur. Ia boleh dilakukan dengan sebutan secara nyaring atau secara perlahan atau sekadar merenung kebesaran Allah.

Serta mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan, sabar dan redha dengan segala ujian hidup dan sebagainya. Orang yang disibukkan dengan amalan berzikir, pasti akan terhalang dari melakukan maksiat dan dosa-dosa kecil.

4. Melakukan ibadah qiamullail
Amalan qiamullail merupakan amalan orang-orang terdahulu dikalangan para solihin. Ia merupakan sumber kekuatan umat Islam yang semakin ditinggalkam. Justeru itu, marilah kita bersama-sama menghidupkan semula amalan qiamulail (bangun ditengah malam untuk beribadah). Melakukan ibadah qiamullail di dalam bulan Ramadhsn adalah lebih mudah kerana kita boleh menunaikannya sebelum bersahur.

5. Memperbaiki niat agar Ramadhan kali ini menjadi Ramdhan yang terbaik
Kita perlu berazam dengan sesungguh hati, supaya memanfaatkan bulan Ramadhan kali ini dengan segala amal ibadah yang telah kita ketahui dan pelajari semenjak dari akil baligh lagi. Umat Islam sekarang ini bukan tidak tahu untuk beramal, tetapi lebih dipengaruhi oleh hawa nafsu dan sifat malas untuk beribadah kerana merasa boleh hidup seribu tahun lagi.

Sama-samalah kita renungkan dan saling ingat-mengingati bahawa segala amalan kebaikan kita didunia ini adalah modal kita untuk bekalan akhirat kelak. Setiap detik dan saat yang kita tinggalkan hanya akan menambah kerugian jika tidak diisi dengan amalan yang sepatutnya yang telah diajar oleh Rasulullah kepada diri kita.

"Hai orang-orang yang beriman, di wajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183)

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah)

 Wassalam ^^

X sabar nak berRamadhan =)))

Assalamualaikum,,,

Ramadhan...
adui,,, kepala badan mulut hidung tangan kaki perut, pendek kata diriku ini,,haha

eeeee,,, xsabarnya nk ramadhan,,,=)))))
excited gila dah aku tunggu bulan ramadhan,, kalau boleh, nk esok jer ramadhan,,,
tp xleh jgk,, kene la ikut takwin,,,hehe

Insyaallah Ramadhan ni dan ramadhan seterusnya akan menjadi ramadhan terbaikku,,,,
eeeeee,,, x sabarrrrrrrrrrrrrrrrr....

"Ya Allah panjangkanlah umur aku dan kawan2ku untuk menikmati bulan rahmatMu iaitu RAMADHAN....Aminnn"

excited gila smpai x terkata,,,=))))))))))))))))))))))))))))))
Wassalam

I WANT IT!!! ♥

Assalamualaikum...

Subhanallah,,, makin banyak aku membaca makin banyak ilmu yg aku x tau...
ni la sebab leka dengan keduniaan....

Ya Allah aku memohon padaMu Ya Allah tunjukkan lah aku jalan yang diredhaiMu Ya Allah..

Aku malu bila orang cakap pasal agama,,
bila orang cakap jer tentang agama, aku akan senyap,, aku bukan xtau, tp aku lupa yang aku belajar,,Subhanallah...

Shap, apa yang kau buat 2 tahun di sini,, ko leka dengan keseronokan disini,,,kluarlah kamu dari kesesatan hidup dunia, mulakan hidup baruMu, lakukan perkara yang disukai Allah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah,,,

Ya Allah,,
Sifat pemaluku ni menghalang aku melakukan sesuatu,,
aku rajin pergi masjid nnti ramai yang cakap, rajin sebab perempuan,,,
Astaghfirullah,,
Aku pergi masjid pn sebab mahu berubah sedikit demi sedikit , xnk leka didunia,,
selalu menjejak kaki ke tempat hiburan, bila lg kita nk ke rumah Allah,,
sekadar solat jumaat itu tidak mencukupi bagi aku,,,

kurangkan hiburan, perbanyakkan ilmu Allah..

Aku cuba untuk berubah dengan solat berjemaah,,,
tetapi ada penghalangnya,,,iaitu kemalasan yang dibisikkan oleh syaitan bodoh yg tidak henti2 menjalankan tugasnya sebagai penghasut aku...
Aku cuba untuk lawan dan terus melawan,,
Alhamdulillah,, dpt jugak aku melawan sedikit demi sedikit untuk meneruskan Ibadah ku di Masjid...

Kenapa aku memilih masjid untuk berubah...
Sbbnya bila aku pergi masjid, aku rasa ketenangan yang teramat sangat,,,
Bila smpai jer masjid, ketenangan mucul dalam diriku,,,

Aku pergi masjid bukan untuk mendapat nama, tapi untuk mendapat keredhaan Allah,,

Solat jemaah lagi la memberi ketenangan kepada aku dari solat sendirian,,

Dulu aku selalu solat sendirian,,
tp solat tu mungkin tidak sempurna kerana aku selalu mahu cepat untuk siap...
Aku terpikir,
Shap!!! 1 Hari ada 24 jam,, pernah x ko luangkan masa yang betul2 kepada Allah,,??
Solat 5 waktu pn ko nk cepat..Bila lg ko nk mendekatkan diri kepada Allah kecuali dengan solat yang ikhlas dan tenang...Subhanallah...Aku terfikir jgk, jika kita berada di depan SULTAN, kita akan hormat dengan tertib....Ni Allah,, Pencipta kita, xkanlah pencipta kita yang sebenar kita buat cincau cincau jer...Allahuakbar

Cuba bayangkan ketika solat, Allah di depan kita,,,Air mata boleh mengalir,,,
Korang akan tahu bila korang mencubanya kenapa air mata boleh mengalir...Allahuakbar...

ermm....
Ya Allah,
aku berdoa kepadaMu agar Engkau
pertkukuhkan hatiku dari bisikan syaitan
untuk terus beribadah kepada Mu...
Amiinn...

Harap Maaf sekira penulisanku yg berkecai,,
sekiranya ada kesalahan tegurlah ku,,
Aku selalu melakukan kesilapan...
Diriku bukan seorang penulis...hehe^^

Aku gembira Melihat KAWANKU sekarang...^^
Wassalam

♥ Cinta Kelas Pertama ♥

Assalamualaikum

cakap pasal cinta...layakkah aku mencintai seseorang itu..
bolehkah aku mencintai seseorang dan membawanya ke jalan yang benar..
Adakah adanya cinta dalam diriku...

YA!!!!
Semestinya ada..iaitu cinta kepada Allah S.W.T
cinta ini kekal abadi dalam jiwa manusia..

bagaimana cinta aku kepada hambaMu
Layakkah aku mengiringinya kejalan yang benar didunia dan akhirat,,,

jikalau layak...Insyaallah Cinta Kelas Pertama akan ku Pegang...

 

[ shared from FB ] =)


CINTA KELAS PERTAMA

Mukadimah Penentu Natijah

Perkahwinan dibina dengan harapan.

Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta.

Ia perlukan tanggungjawab.

Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula.

Mukadimah banyak menentukan natijah.

Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya.

Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab.

Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab.

Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.

Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi.

Itulah cinta yang diilhamkan oleh Allah untuk haiwan (demikian kata al-Farabi).

Juga bukan untuk mengejar status sosial.

Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan?

Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat.

Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama.

Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah?

Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah?

Jika ya, Alhamdulillah, syukur.

Kita sudah berada di jalan yang betul.

Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga.

Jika tidak hari ini, esok.

Jika tidak esok, lusa.

Teruskan berusaha dan berdoa.


Wassalam

Sejuk Mata Memandang =)

Assalamualaikum,,,

Alhamdulillah,, Sejuk mata melihat perubahan kawan2 ku...
Bersyukurlah sebab ramai dah berubah x kira laki n perempuan...

Semua dah mula membesar dan berfikir jauh ke dunia masa hadapan iaitu dunia Akhirat...
Insyaallah semuakan berada di bawah lindunganNya di padang Mahsyar nanti,,,Insyaallah

Dari sikit ke sikit,, byk sudah berubah,,Alhamdulillah,,,
yg laki ramai dah pg surau,, yg perempuan ramai sudah memakain tudung labuh,,,
yg rocker da jadi Ustazah, yg merempit da jd Ustaz, yg short da jd long,,,=)
Alhamdulillah....

Insyaallah, perubahan ini akan berteruskan dan berkekalan...

Insyaallah aku pn skrg tgh lam proses perubahan,,,
kawan2 pn sama...Alhamdulillah,,,
sikit ker sikit,,,Insyaallah...
Semua yg kita buat perlu Ikhlas kepadaNya,

=)
Wassalam

♥ Ramadhan ♥

Assalamualaikum...

Bulan Rahmat hampir tiba,,, Bulan segala bulan yang dinantikan iaitu Bulan Ramadhan,,,
yg belum ganti puasa tu,, cpt2 pi ganti,, masih ada masa,,heee

So apa plan kita time bulan ramadhan...
Mstilah buat amalkan,,,hehe
Insyaallah semua =)

klik gmbr nk tgk besar..

Benda ni dari facebook jgk.
Sharing is caring..^^

Wassalam

Alhamdulillah = |

Assalamualaikum

"ALHAMDULILLAH"

ni jer yg dapat hambaMu ucapkan kepadaMu Ya Allah,,,

Syukur Alhamdulillah kerana Engkau telah memberi apa yang hambaMu ini pohonkan...
Alhamdulillah bila hambaMu ini ada kesusahan, Engkau telah menolongku,,

Walaupun byk musibah yg ditimpa, ttp Engkau telah memberikanku pertolonganMu Ya Allah...

Betul orang ckp yg bila kita dalam kesusahan teruskan "PUSH",,
iaitu "PRAY UNTIL SOMETHING HAPPEN"... teruskan berdoa dan berdoa...

Jgn berputus asa berdoa, tu la yg patut kita lakukan bila kita berada dalam KESUSAHAN,
tp jgn lupa untuk bersyukur apabila kita mendapat KESENANGAN,,

Apabila berdoa ikhlaskan hati kepadaNya, Nescaya Allah akan kabulkan,,,Aminn,,

Alhamdulillah,,, = )

 Wassalam...

Finally Dpt jgk Makan Duri

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,,, da lama da mengidam nk makan DURIAN... dpt jgk akhirnya,,,
tu pn sebab kawan2,, maklumlah aku ni mmg sush sikit nk jalan2 keluar,, nk makan kt cafe pn malas nk turun,, dasar pemalas la ko shap..haha.. malas2 pn, paksa gak pi keluar,,, keluar cari durian... bestnya,,,

hehe...

Awang n Nadzri,, time kasih kt budak dua orang ni,,, sbb sama2 konvoi pi putar 1 pulau cari durian... haha
Punya la sush nk cari durian yg murah2,,,akibat nk murah,, 1 pulau pi pusing,,, hehe,, best2... pengalaman pusing pulau tu ada,,, JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN,,, cheehhhh,,, hehe...

tp time bergambar(gmbr kt atas tuh), punya la malu,,,hehehehehehe,,,,sbb nk gmbr 3 org, xtau nk tangkap cmner,, jumpa la tong,, amik tong tu ltk kamera,, duk tgh setting2 camera, dtg sorang laki,,,"Bro, nk bergambar ker?",,, punya merah muka, haha,,terus aku buang tong tu,,,hahaha... tu la, nk mintak tolong malu,,, heeee... btw, tq kpd bro tu,,,haha

Time dapat durian tu,, mkn 1 biji 3 orang.,. kenyang sgt2... punya besar durian tuh,, 4 kilo lbih 1 durian,, kongsi.,, lps kenyang, smbung perjalanan,,, bila dah sambung jumpa lg kedai durian... Berhenti la lg,, Beli lg sebab nk makan lg,, tp tuk kawan2 kt bilik la,... Sori ek sbb sikit jer durian tuh,, sush nk buat balik ngn motor durian tuh,,, sbb tajam,,haha,,kpd girl2,sori durian sebiji jer...perut laki besar dr perempuan,,,biasalah tuh,,hehehe

1st Mission dah selesai,, skrg 2nd Mission n 3rd Mission jer belom...hehe
nk tau pa... tunggu next2 week,,,haha,,,

Wassalam

Mohon Ampun dan Maaf (Nisfu Syaaban)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..

Bersyukur teramat sangat kepada Allah Subhanahuwataala kerana dengan keizinan, kebenaran, limpah kurniaNya Muhammad Shafiq Bin Dollah masih bernyawa di atas muka bumiNya..

Sempena Masuknya Nifsu Sya'ban iaitu malam ni lps Maghrib, buku catatan amalan kita akan dinaikkan dan buku catatan amalan baru akan diturunkan...

Insyaallah, dengan buku amalan baru tu,, kita dapat melakukan perubahan yang tinggi...Insyaallah..
Sebelum buku amalan lama diangkat..Aku memohon maaf kepada semua kawan8 aku, yg slalu aku kenekan tu...hehehe.. gurauan semata-mata,, tanpa gurauan semestinya ndak lengkap idup kita...hehe

Aku memohon maaf lagi dari ujung rambut hingga hujung kaki diatas kesalahan aku lakukan korang pendamkan...hehehe,,,

Bermulanya buku amalan baru kita,, jom kita buat Ibadah banyak,Insyaallah hidup diberkati...Aminnn...^^

Wassalam

Buang Komen Ala Robot (Komen Verification code)

Assalamualaikum...

ramai pemblogger new or lama xtau benda ni sbb Blog sendiri, lau kita komen, kita x perlu masukkan code, orang lain jer perlukan,,,tp ni cm sushkn org la..hehe

KOMEN CODE (word verification)..
benda ni lah yg paling ramai org x suka sebab kene letak code dulu utk komen,,,

Jd , jom pakat buang utk menyenangkn orang lain komen,,,


DASHBOARDSETTINGS→COMMENTS


korang scroll n CLICK NO pada "Show word verification for comments?"

klik image lau buta dekat..hehe

ni bukan tutorial,,,tutorial aku x reti,,,hehe,, ni nk sharing jer,,,sbb aku pn baru buat ni...hahaha

Wassalam...

Bendera Bukit =)

Assalamualaikum...

tepat jam 3 30 pagi 30/6 aku start tido....tepat jam 9 pagi, kawan dtg kejut,,,
ingtkn apa, rupa2 kene pi bukit bendera,,,,terlupa pulak,, hehe,, lau x memanjang jer aku tidoq,,,haha

arini mmg ari yg paling best... terbaik lah,, dari start bangun tidur hingga la skrg,,, mmg terbaik n menyeronokkan,,, ni pn da ngntuk,, tp tahan jer,, nk kasi update blog sikit,,,heeee

start dari recsam lg aku n kawan2 da buat onar,,, cm biasa lah, budak laki mmg selalu,,,hahaha,,,
tp arini jgk la BUDAK LELAKI kalahkan BUDAK PEREMPUAN,,, iaitu AWAL SIAP>..haha..
biasanya budak laki yg lewat tp arini budak perempuan yg lewat...ish22,,, make up ker or bangun lwt,, aah, diorang kene masak lah..hehehe,,, sori2...

eh, macam laporan pulak yg aku citer ni,,haha

xdak lah,, best sgt smpai citer semuanya, tp lom abis lg,,,hehe,,,jom smbung lg baca,, lau nk baca lah, lau xnak xsoh baco,,haha,,,


Ni lah kali pertama aku mnjejak kaki ke bukit bendera,,, best woo,,, 1ST TIME lam hidup aku naik MONORAIL(betul ker eja cmni,,,hehe), yg macam kete kabel tu,, tp dia atas darat...haha,, xtau la pe benda,,,kereta api pn belom lg..hehe.. maklumlah,, orang kampung datang bandar,,,haha... smpai2 jer di puncak gunung ledang, mula lah sesi bergambar,,, DS1500megapixel ku berguna,, tp abis bateri,, Nasib ada AK HAMIZAN,,, kasi pinjam bateri dia kt aku,,, tq wang..hehe,,

Sesi makan2,,, untung la orang birthday bulan 6,, diorang dpt kek,,, aku ni xpernah dapat kek time hari jadi aku,,, truely aku ckp, last dpt kek time harijadi ialah darjah 5, tu pn kt skolah,, kek pn beli sendiri,, makan 6 orang jer ngn kawan2,,, xpa lah,, x kesah pn, asalkan aku bersyukur ngn Allah kerana panjangkan umur ku smpai ke harini,,,Alhamdulillah,,,

Kek tadi sedap, tp sikit jer aku dpt makan,,, xpa lah,, kn kek tu kecil,, lagipun aku da kenyang ngn sup yg FIRUZ IZATTI buat tuh,,,piwiitt,,, haha,,, sedap2,,, tq3,,, bihun td pn sedap,, tp xtau sapa yg goreng tuh,,,

TIME ULAR....
hehehe,,,hehehehe,,, nk ckp aku takut ngn ular ni, xlah sgt,,, tp benda yg lendir2 or liat cm katak,, mmg aku x lepas,,,heeeeeeeeee,,,, tgk dapat lah,, tp pegang tu,, nnti dulu lah, belum sedia lg,,hahahaha,,,, tp aku x lah takut sangat seperti budak GEMOK tuh,,, lari smpai 1KM jauh geli kt ular,,,hahaha,,,, tp tu biasa la kan,, manusia ni, ada benda yg kita takut, benda yg kita geli, benda yg kita suka,, yg geli kita semestinya kita x berani nk pegang,, yg kita suka semestinya kita nk pegang,,,ish da macam ceramah dah ni,,,hahaha,,, btw, aku gembira tgk kawan2 aku bergambar dgn ular,,, fullamak,,, syok pn ada aku tgk,,,

mmg memenatkan arini,, naik bas 4 kali,, semuanya kene berdiri,,, kaki da macam nk tumbang dah,,, nasib x tertumbang,,, sbb penat sgt,,, tp best x terhingga la,,, Aku mmg syg giler la kt kelas aku,,, byk aktiviti yg dibuat,, semuanya menyeronokkan...

tq to all my friend...
love u all co much,,/wink

Wassalam...