♥ Cinta Kelas Pertama ♥

Assalamualaikum

cakap pasal cinta...layakkah aku mencintai seseorang itu..
bolehkah aku mencintai seseorang dan membawanya ke jalan yang benar..
Adakah adanya cinta dalam diriku...

YA!!!!
Semestinya ada..iaitu cinta kepada Allah S.W.T
cinta ini kekal abadi dalam jiwa manusia..

bagaimana cinta aku kepada hambaMu
Layakkah aku mengiringinya kejalan yang benar didunia dan akhirat,,,

jikalau layak...Insyaallah Cinta Kelas Pertama akan ku Pegang...

 

[ shared from FB ] =)


CINTA KELAS PERTAMA

Mukadimah Penentu Natijah

Perkahwinan dibina dengan harapan.

Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta.

Ia perlukan tanggungjawab.

Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula.

Mukadimah banyak menentukan natijah.

Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya.

Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab.

Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab.

Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.

Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi.

Itulah cinta yang diilhamkan oleh Allah untuk haiwan (demikian kata al-Farabi).

Juga bukan untuk mengejar status sosial.

Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan?

Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat.

Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama.

Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah?

Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah?

Jika ya, Alhamdulillah, syukur.

Kita sudah berada di jalan yang betul.

Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga.

Jika tidak hari ini, esok.

Jika tidak esok, lusa.

Teruskan berusaha dan berdoa.


Wassalam

2 comments:

Komen jer...Jangan Malu..Heee