Awas...!!!!....Irshad Manji Ke Malaysia

Assalamualaikum...

korang mesti tertanya sapa tu Irshad Manji...sebelum pape, korang baca la ni..
aku  xreti terangkan...






Seluruh negara digemparkan dengan kehadiran Irshad Manji ke Malaysia yang dilihat sebagai ancaman besar kepada Islam. Tambahan lagi, beliau sendiri mengakui bahawa kehadirannya ke Malaysia adalah untuk meneruskan perjuangan beliau yang menjulang tinggi konsep fahaman Islam Liberal.
Irshad Manji, wanita 49 tahun berasal daripada Afrika Timur ini merupakan seorang jurnalis dan pengacara badan reformis Islam di Kanada. Beliau sering diberikan penghargaan atas kelantangannya bersuara. Sebagai seorang presiden dan pengasas kumpulan Moral Courage Project, beliau menggunakan pengaruh yang ada untuk melebar-luaskan fahaman beliau ke beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

19 Mei 2012, sebuah buku hasil tulisan beliau yang terbaru telah dilancarkan di Malaysia. Buku yang bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ itu dicetak dalam pelbagai versi. Pengisian dalam buku tersebut tidak jauh lari daripada pengisian buku-buku tulisannya sebelum ini yang benar-benar menghina Islam. Rasulullah SAW turut dihina di dalam bukunya yang bertajuk 'Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini’.

Liberalisma : Memperjuangkan kebebasan dalam kehidupan tanpa keterikatan dengan konsep keagamaan dan menuntut hak sama-rata.

Berpegang kepada konsep fahaman Islam Liberal, Irshad Manji yang juga merupakan seorang lesbian tegar menunjukkan kepada kita natijah daripada budaya menjadikan persepsi sebagai satu-satunya sandaran dalam corak pemikiran hingga akhirnya agama itu dipisahkan secara total daripada sistem kehidupan manusia.

Aqidah yang dipasakkan semantapnya dalam hati kecil kita mampu menjadi benteng dalam kita terus melangkah sebagai hambaNya atas muka bumi di akhir zaman ini. Isu aqidah yang dipermainkan ini harus diberi perhatian oleh semua pihak termasuklah mahasiswa.

Tuntutan atas mahasiswa dalam mendepani isu ini ialah :

1. Mahasiswa haruslah memberi lebih penekanan kepada ilmu fardhu ain seperti ilmu ‘Aqidah kerana era moden kini benar-benar menuntut supaya kita sentiasa berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Sabda Rasulullah SAW:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)

2. Mahasiswa Islam harus memupuk budaya cakna isu sekaligus mengkaji sesuatu perihal yang berlaku. Sedarlah bahawa tidak semua perkara itu hanya bersandarkan kepada logik akal semata-mata.

وَذِكْرَى لأولِي الألْبَابِ
Maksudnya : “Dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.”
(QS. Shaad: 43)

Akhir kalam, hidayah itu milik mutlak Allah yang Maha Menguasai. Bersamalah kita berdoa agar Irshad Manji diberikan petunjuk oleh Allah yang Maha Pengasih. Siapa tahu kelantangannya bersuara mempermainkan isu aqidah kini merupakan titik awal kepada kelantangannya bersuara menegakkan Islam di mata dunia kelak....

>>>>dripada blog PMIUTM...

2 comments:

  1. ayoo.. ini olang mau ditibai2 ke? lesby? prlu ke dprjuang2kn? hang stupid nooo~ =.='

    ReplyDelete
  2. ni masuk berita...buku2 dia telah dirampas oleh jabatan agama xsilap sy...

    ReplyDelete

Komen jer...Jangan Malu..Heee