Nenek

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Panadol + Kopi

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Baju RM200

pada suatu hari, si anak membeli hadiah baju untuk bapanya yang berharga RM200.
untuk menjaga hati bapanya, dia telah memberitahu bapanya bahawa harga baju itu ialah RM10.
Keesokannya, bapanya berkata..

"waaa....baju tu aku telah jual RM 25 ringgit. ni membawa keuntungan.boleh tempah untuk sedozen lg?boleh buat bisnes ni?"