dari Allah.
2. Membiasakan membaca Al-Quran
Di antara ibadah utama di dalam bulan Ramadhan ialah dengan bertadarus atau membaca Al-Quran. Sebaiknya kita tidaklah perlua hanya menunggu bulan Ramadhan untuk membaca Al-Quran kerana sebaiknya kita biasakan diri membaca Al-Quran di luar bulan Ramadhan yang akan memudahkanlagi kita melakukannya di dalam bulan Ramadhan.
Satu huruf al-Quran bersamaan dengan 10 ganjaran jika dibaca di luar Ramadhan. Jika dibaca dalam bulan Ramadhan, pahalanya akan berlipat kali ganda. Jika al-Quran dibaca di dalam solat, pahalanya akan menjadi lebih besar nilainya.
Oleh sebab itu, mengapa kebanyakan surau dan masjid melantik imam dikalangan huffaz (tahfiz al-Quran) untuk mengimami solat tarawihk di dalam bulan Ramadhan, kerana pahala solat dan pahala mendengar bacaan Al-Quran cukup besar.
3. Membiasakan diri dengan zikrullah
Zikrullah atau berzikir meningati Allah bukan terhad kepada membilang tasbih ditikar sembahyang sahaja. Mengingati Allah boleh dilakukan secara berdiri, duduk mahupun berbaring sebelum tidur. Ia boleh dilakukan dengan sebutan secara nyaring atau secara perlahan atau sekadar merenung kebesaran Allah.
Serta mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan, sabar dan redha dengan segala ujian hidup dan sebagainya. Orang yang disibukkan dengan amalan berzikir, pasti akan terhalang dari melakukan maksiat dan dosa-dosa kecil.
4. Melakukan ibadah qiamullail
Amalan qiamullail merupakan amalan orang-orang terdahulu dikalangan para solihin. Ia merupakan sumber kekuatan umat Islam yang semakin ditinggalkam. Justeru itu, marilah kita bersama-sama menghidupkan semula amalan qiamulail (bangun ditengah malam untuk beribadah). Melakukan ibadah qiamullail di dalam bulan Ramadhsn adalah lebih mudah kerana kita boleh menunaikannya sebelum bersahur.
5. Memperbaiki niat agar Ramadhan kali ini menjadi Ramdhan yang terbaik
Kita perlu berazam dengan sesungguh hati, supaya memanfaatkan bulan Ramadhan kali ini dengan segala amal ibadah yang telah kita ketahui dan pelajari semenjak dari akil baligh lagi. Umat Islam sekarang ini bukan tidak tahu untuk beramal, tetapi lebih dipengaruhi oleh hawa nafsu dan sifat malas untuk beribadah kerana merasa boleh hidup seribu tahun lagi.
Sama-samalah kita renungkan dan saling ingat-mengingati bahawa segala amalan kebaikan kita didunia ini adalah modal kita untuk bekalan akhirat kelak. Setiap detik dan saat yang kita tinggalkan hanya akan menambah kerugian jika tidak diisi dengan amalan yang sepatutnya yang telah diajar oleh Rasulullah kepada diri kita.
"Hai orang-orang yang beriman, di wajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183)
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah)
Wassalam ^^
0 Komen:
Post a Comment
Komen jer...Jangan Malu..Heee