Wahai Semangat

Alhamdulillah,

dah lepas 3 hari hidung berhingus dan berair.. selsema katakan.. Kepala pun da naik pecah rasanya..
mungkin ni kifarah dosa-dosa yang ak buat samada disedari atau tidak.. Alhamdulillah...

Aduhai.. dua menjak, tiga menjak ni, nk kata malas tak jugak, keje on je.. masalahnya keje da melambung2 dah, semakin byk, semakin malas dibuatnya.. yang tu mintak buat ni, yg ni mintak buat ni.. Aigoo.. Kesian roomate ak, lau dia ckp sesuatu ak angguk jer xckp pape, tu sbb hilang semangat roomate.. sori roomate.. hehe..
semangat down gampang dah nk buat keje.. 
rndu time semester 3 =) kerajinan ak smpai pointerak  meningkat disebabkan oleh ehem3.. 
tima kasih sohabat.. hehe dia byk membantu ak.. Alhamdulillah..


Hmm, camna la nk up balik semangat ni.. Ya Allah, Yang Maha mendengar lagi Maha Pemberi.. kau berikanlah semangat ak yang dulu untuk meneruskan perjalanan hidup ini untuk beribadah padaMu, Kau jauhkan hambaMu ini dari segala hasutan syaitan yang menghasut melakukan kejahatan.. Kau bantulah hambaMu ini walau bagaimana cara sekali pun.. Amiinn..



#Kifarah itu apa??? --->>>
Kifarah tu apa..???

"Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyait, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.  Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia.  Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penuyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"

1 comment:

Komen jer...Jangan Malu..Heee