Segmen Klik Churp-Churp & Nuffnang

ASSALAMUALAIKUM

Ramai yg buat SEGMEN..
Semuanya Shap tak faham...haha

Sekarang Shap nak cuba Buat jgk la,,
1st time nih,,,hehe


CHURP-CHURP & NUFFNANG


Segmen ni Menguntungkan korang
SEBAB

SHAP AKAN BANTU KORANG KLIK CHURP-CHURP atau NUFFNANG KORANG
 EVERY DAY

tapikan bersyaratlah..hehe








Buat entri pada blog korang " Segmen Click Churp-Churp & Nuffnang " (copy jer entri ni)

Macam biasa,,, follow dulu blog shap(jujur)

KOMEN pada entri ni(senang untuk shap pegi ke blog korang)

Singgah la sini lau rajin..hehe

☼ Bantu Shap Sebarkan benda ni (Sama2 membantu)


Shap akan klik bermula dr korang komen entri ni EVERY DAY
  
TAMAT PENYERTAAN
1 JUN 2012 JAM 12.01am

BERMULA
1 JUN 2012

TAMAT SHAP KLIK
30 JUN 2012

tu jer la syaratnya(sikitkan)

p/s : xdak hadiah,,,hehe


Wassalam

Minum Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Pagi2 cmni, semua msti nk makan kan,,,tp,
Shap nk share sikit lah sal minum ni,,,tertengok FB, so nk share la jgk,,,hehe,,
share ni pn supaya kita selalu ingat kt Rasulullah.. Insyaallah dengan selalu ikut sunnah, kita diberkati hidup di dunia dan di akhirat... Aminn...

kita minum semestinya untuk hilangkan dahaga kan...
Ketika minum, kita pn boleh buat pahala tau,,,
cam biasalah baca BISMILLAH ialah salah satunya,,, tp kita boleh tambahkan lagi pahala kita lau kita ikut Sunnah Rasulullah S.A.W... jom sama2,,,hehe



1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) 

Jenis-Jenis Lawak

Assalamualaikum...

aku lau duk rumah,,, mmg xder keje la,,, nk keluar pn x suka keluar,, x minat,,,so, berblogging jer la...
hehe...so, sini sapa yg sudi baca entri aku ni meh nk share jenis lawak...lawak ni, semua ada,,, tp kan, lau lawak bodoh,, terpaksa la buat2 suka wlaupun xsuka,,hahaha,,, kejam,,, aku pn penah kene ni,,,,hehe,,,

lau korang nk gurau ngn kawan korang,, buat cmni,, bila dia buat lawak,,,
korang ckp macam ni "HA....HA...HA"...sah2 malu diorang,,,tp xmalu sgt lah,, sbb lepas korang ckp cmtu,,korang sama2 gelak..hehe

eh,, lari topik la,,hehe,,, ni jenis lawaknya,,hehe


lawak jenaka. Ia dapat membantu seseorang yang sedang menghadapi tekanan untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Lawak kehidupan- Lawak ni time korang ingat kembali time dulu2 ngn kawan2,,, mesti ko gelak sorang2..hehe


Lawak Spontan- Lawak ni korang spontan jer,, x terancang pn lawak ni,,,macam lam tv tu "SPONTAN"... lawak ni ramai yg gelak..pastu korang akan bergembira ngn kawan2 korang,,

Lawak slapstik- Lawak ni biasa lawak jenis mengenakan seseorang dalam bentuk fizikal n mental..contohnya "GEMOK"... orang yg terkena ni akan jd bahan ketawa,,,hehe...kadang2 boleh bawak dendam dan pergaduhan ni...

Lawak sarkastik- Lawak ni hampir sama la dengan LAWAK SLAPSTIK kt atas tu,,, tp bentuk penyampaian dia adalah KIASAN,,, lau kene ni memang pedas lah..haha

Lawak serius- Lawak ni biasanya orang tu buat muka serius yg lama... pastu senyum,, kadang2, orang silap tafsir benda ni,,, kot2 betul2 serius,,hehe

Lawak bercakap besar- Lawak ni macam korang angan-angan la,,, contohnya, korang cakap yg korang akan kawen ngn Ketty Perry la, kereta ferrari la, rumah besar la,, tp semua tu mustahil... nada suara berlagak utk lawak..haha

Lawak perbelanjaan orang lain-Lawak ni time korang shopping ngn kawan2 la,,, korang akan ckp "rasanya ko nk belanja aku hari ni"...lebih kurang gitu la... itu hanya untuk gurauan jer,,, time pilih baju or seluar pn lawak gak,,, yg laki akan pegi kt pakaian perempuan,, n melawak la diorang tuh,,, paham2 la..hehehe

Lawak kotor- Lawak ni berunsur lucah,,, maksud disini, korang cakap benda karut,,,biasanya laki ngn laki n  perempuan ngn perempuan... lau ada campur tu,, gejala sosial bebas la tuh... hhehe

Lawak budaya semasa- Lawak ni cam lawak trademark... cam gaya pakaian artis..contohnya K-POP..haha

Lawak diri sendiri- Lawak ni diorang kenekan diri sendiri,, cam, "aku ni bukan kurus, tp slim..hehe"... lawak ni biasanya rendahkan diri sendiri... xbaik ni,,hehe

Lawak ajukan- Lawak ni ramai yg suka,,, ajuk kawan, artis dan sebagainya,,, contohnya, ajuk cara dia jalan, bercakap trademark, dan sebagainya,,,hehe

Lawak senyap- Lawak ni lawak bodylanguage,,, korang guna isyarat pn orang da gelak...haha

OK tu jer,,,
lawak bodoh la paling best,,, tp xde kt atas,,, mls nk terangkan...faham la korang...haha

p/s : lawak ni perlu untuk cikgu2,,, lau straight sgt x best jgk cikgu2..hehehe

k la..
Wassalam...

Follower ke 1000 lg (kali ke 2)

Assalamualaikum....

hehhehehehehehe....
tersenyum aku... dpt rezeki kali ke 2.. dapat follower kali ke 2....

kelmarin blog Wan sekarang blog IERA lak... hehehehhe

x sangka la dapat lg.... nasib jer... nk pi follow orang... tp jumpa follower ke 998... so keje aku la..
keje jahat... iaitu REFRESH smpai 999... hehehehe,,,,

Alhamdulillah la dapat lg...hehehehe...

memang xde keje la aku ni... asyik terjumpa follower ke 1000 jer,,,,..
hehehehe

kasi zoom sikit....hehehehe

xde hadiah ker... chehhh,,,,hahaha
follow org pn nk hadiah ko ni shap..haha

xper la...asal malam ni puas hati dah,,, dpt orang ke 2...heeeee . =))))))))))))))))))

k la... sapa mangsa seterusnya,,,
Insyallah lau jumpa..hehehehe


Wassalam...^^

Laptop X kan Dicuri pakai ni

Assalamualaikum...

ha,,, nk tau cara xnk kasi orang curi laptop..
cer pakai beg laptop ni,,, sah xkene curi,,,hahaha,,
lau kene curi jugak,,, pencuri tu xnk laptop, tp nk beg tuh,,haha

 
 JENIS A

 
  JENIS B

 JENIS C


 JENIS D

 JENIS E

 JENIS F



 JENIS G

 JENIS H

 JENIS I





 JENIS J

Wassalam...

shap pilih yg kalis peluru tu,,, bila ditembak,,, laptop dulu pecah,,hahaha

read more- melayu kini


Segmen - BW & FOLLOW by iza zaty

Assalamualaikum . 
hahaha,,,, nk cuba try segmen menyegmen... mana tau ada rezeki,,,
xdak pengalaman la benda ni...
so copy paste entry iza..hehe



banner besar untuk letak di ENTRY :
http://4.bp.blogspot.com/-1bBPXpJA9Fc/T8I7RUoc3XI/AAAAAAAABPI/-3FlMNehtGA/s400/banner+segmen.png


banner kecik untuk letak di SIDEBAR :


http://2.bp.blogspot.com/-UdHUWDTcRpE/T8MrQLWNjUI/AAAAAAAABPU/Qa0fT8y1nPM/s200/banner+untuk+sidebar.png


SYARAT-SYARAT YANG WAJIB :

1. FOLLOW blog Zaty

2. LIKE fanpage zaty



3. Buat satu entry yang bertajuk "Segmen - BW & FOLLOW by iza zaty"

4. Letak BANNER BESAR dan linkkan terus ke entry ini

5. tag 2 atau lebih dan pastikan orang yang anda tag itu tau

6. Publish entry itu

7. Letak LINK ENTRY DI KOMEN 

  8. Letak BANNER KECIK itu di sidebar



nampak ken banner yg besar kat atas tu?
ade tulis "ADA HADIAH UNTUK PESERTA YANG SPONTAN GILEE"
camane nk jadi spontan? bace di bawah ini :-

1. terjah semua blog peserta  *sbb nama segmen di BW & FOLLOW*

2. dah terjah tu follow la!

3. komen di entry peserta dan letakkan link entry korang

4. borak-borak lah sikit di chatroom peserta tu  *kalau takdek, tak payah chat*


hadiah nye ...... RAHSIA ! yang pasti, ianya ISTIMEWA :)


Mudah je syarat2 nye .
Kalau korang nak RAMAI FOLLOWER boleh la join segmen ini .
kalau korang ade RAMAI FOLLOWER , nnti msti ramai jugak yg akn komen entry korang .


* lagi satu, korang kenelah sentiasa pergi ke SENARAI PESERTA
sbb nnti senarai peserta akn bertambah dan bertambah *

tarikh mula - 28.5.2012 
tarikh tutup - akn diberitahu kemudian

lain-lain :

Senarai Pesertahttp://iza-zaty.blogspot.com/2012/05/senarai-peserta-segmen-bw-follow-by-iza.html 
Entry mengenai ini - *akan diupdate kemudian


nama tag : Malyhah 
 Wan

Kejayaan Seorang Kanak-Kanak Cacat Penglihatan

Assalamualaikum,,,

aku ternmpk la 1 entri ni,,, entri ni da lama aku tgk,, sbb masa tu utuk CourseWork PKK...perkembangan kanak-kanak,,kt maktab,,,

aku terpegun gila lah ngn budak ni,,, malu aku kt dia,, walaupun dia seorang yg cacat, dia usaha untuk naikkan diri dia n jdkan diri dia sprti manusia normal biasa iaitu berjaya...memang terpegun gila lah...
dia fasih 4 bahasa,,, aku BI pn kucar kacir,,, mmg terbaik ah budak nih,,,=)

Seorang budak perempuan buta yang fasih dalam empat bahasa menjadi jurubahasa termuda yang bekerja di Parlimen Eropah. Kanak-kanak itu baru berusia 10 tahun.


Alexia Sloane, dari Cambridge hilang penglihatannya semasa berusia dua tahun selepas didiagnoskan menghidapi barah otak ketika bercuti di Perancis.

Walaupun cacat, budak perempuan ini cemerlang dalam bahasa. Pada usia 10 tahun dia fasih dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Mandarin. Kini Sloane sedang mempelajari bahasa Jerman.



Alexia memenuhi impiannya untuk bekerja sebagai jurubahasa selepas Ahli Parlimen Eropah Timur England, Robert Sturdy menjemputnya ke Parlimen Eropah di Brussels.

“Terdapat syarat umur minima untuk memasuki Parlimen Eropah iaitu 14 tahun. Jadi untuk Alexia menterjemah di sana pada usia 10 tahun adalah menakjubkan,” kata Isabelle, ibu kepada Alexia.

Alexia boleh bertutur dalam tiga bahasa sejak lahir kerana ibunya adalah separuh Perancis dan separuh Sepanyol manakala bapanya Richard ialah Inggeris.


“Dia sentiasa sangat bagus dalam bahasa-bahasa dan telah menunjukkan minat dari usia sangat muda,” Isabelle menambah. Ibu berkenaan juga mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun, Melissa.

Alexia pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang jurubahasa sejak berusia enam tahun dan telah dipilih untuk  ke Parlimen Eropah sebagai hadiah apabila dia memenangi Anugerah Komuniti Tahunan Pencapai Remaja.

Dia bertanya jika dia boleh mengikut jurubahasa. Ahli Parlimen Eropah Robert Sturdy kemudiannya  bersetuju untuk membawanya sekali sebagai tetamu.

“Ia sangat hebat dan sekarang saya benar-benar berazam untuk menjadi seorang jurubahasa,” kata Alexia.
“Tiada apa-apa yang boleh menghentikan saya.”




 

INGAT : KECACATAN BUKAN KELEMAHAN UNTUK KITA BERJAYA!!!!
Wassalam...

credit : billy info

Waaa.... x caya jd follower ke 1000 ♥ ♥ ♥

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... cm x percaya jer dpt jd follower ke 1000...
susah nk dpt tuh,,,hahaha,,,,walaupun blog aku x famous,, ok la,, Insyaallah suatu ari nnti ramai jenguk2,,haha,, jenguk jer la,,,haha

BTW,,, tq kepada Wan lah,,,
blogger kita... best baca entry dia... sapa yg x follow, pi follow dia,, genapkan 2000 lak,,haha
haha,,,

Wassalam...

Jd Follower ke-1000 Hazwan Hairy,..Last2 gambar aku x keluar...Adui

Salam...

Sedihnya aku..... nk jd follower ke 1000 Hazwan... tp masalah lak berlaku...adui,, masalahnya,, aku follow, tp gambarnya keluar kt atas... cmni,,,,

punya la refresh2 beribu kali tunggu follower ke 999 follow...haha..tp bila aku yg ke 1000... gmbr keluar kt atas,,, adui,,,haha

smpai 2000  pn gambar aku tetap diatas tu,,, xpaham la... sedih2....
tp xpa la... tu lah , bersemangat sgt nk jd follower ke 1000...
last2 keluar gambar kakak aku,,, adui,,,haha
 xpa lah xdak rezeki... btw,, seronok buat cmtuh,,,haha

xpa lah... skrg fokus kt NUR lak...hahaha

Jom Kenal Ustaz Azhar Idrus ♥

Assalamualaikum...

petang2 cmni...nk share sikit pasal Ustaz kesayangan aku,,,
ala Ustaz yg comel2 tu,,,hehe,,,
Kesayangan korang jgk kot...hehe,,, Ustaz ni terbaik lah... BTW, ni biodatanya...

Profil

Nama: Ustaz Azhar Idrus

Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.

Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.

Sepintas lalu

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Perubahan

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.

Pok Mang disisi Ustaz

Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.

-Majalah Anis-

Link yang sesuai nk buat Gambar GIF format ♥

Assalamualaikum...

ermm... boringnya shap dirumah,,,erm,,,biasa lah bila cuti,,, time blaja, bosan lak blaja...
ni lah lurah kehidupan...haha..


jd buat survey la sikit kt blog2 orang lain...hehehe
tgk kt blog org lain,, semua gambar gerak2(Gif)... so nk la cuba jgk cmne...
tp nk buat ktne...???

jd cari la link...ada link xboleh pakai,, ada yg boleh...
akhirnya jumpa..hee

ada yg pakai photoscape...
tp xnk lah sbb kene bukak aplikasi tu lg,,, yg xdak PHOTOSCAPE kene cari lg software tuh...
so cara senang, bila da korang baca ni,, sah korang ada WIFI,,,
 jd taip jer kt google tuh...
malas nk taip... amik ni...aku pakai yg ni,,, senang gila lah..boleh buat byk gambar lg tuh...haha




pastu mesti masalah nk buat gambar sama besar kn... senang jer...
pakai photoshop... ni msti semua ada kan...hehe...
xdak terpaksa cari lah...heheh..
semua da pro photoshop ni... aku baru jer belajar....hehe

ni hasil yg aku buat...xcomel pn,,, ok la..haha


p/s | motif sini,,, sharing link jer la..haha


Wassalam...

Cara Terpantas Lipat Baju

Assalamualaikum semua....

pagi2 macam ni, rsa nk kongsi bendaa jer...
bendanya ialah cara nk lipat baju cara cepat,,, mmg cepat lah...

kepada anakdara mmg sesuai,, tp untuk lelaki lg sesuai(ygmalas boleh pkai cara ni)
hahaha..... aku pn nk try, tp xde benda tu nk buat,,,haha,,, benda tu apa???
jom tgk ni,,,

Ha... Baru tau apa kan,,,
senang kan kan kan...
jom try ramai2..hehe,,

Wassalam...

Bola Tenis Boleh jd Macam2 ♥

Assalamualaikum...

Malam2 gini syok ni kongsi bende..... Korang suka x main bola tenis???maksud aku, tennis...
msti ada yg x kan...sbb bukan senang nk main tuh... aku pn baru belajar main tenis...hahaha
nk kata pro, xpn,,, boleh la kalahkn yg xpro...haha

tp jangan risau,,, yg x suka main tennis,,, bola tennis pn bola jer la...
korang tengok kt gambar bawah ni... kreatifkan...
da la comel warna dia...Hijau... boleh buat macam2...

yg fikir ni msti kreatif gila... aku pn x terpikir...hahaha....
soooooo cuteee..... heeeeeeee


comeyyyyyyyyyy.....
Esok jom ramai2 pi beli bola tenis... hahaha...
kita buat cmtuh...heeeeeeeeee...

Wassalam

Anak Kucing Cute Terselamat ♥

Assalamualaikum...

arini aku betul2 terharu la ngok ngn anak kucing...
dia terperangkap dalam lubang toilet...bunyi cm kotor kan...x kesah la kotor pn,,, asal dia selamat,,,sebelum tu,,
bila tgk kt kucing tuh,,, air mata dia mengalir.... aku rasa lah dia fikir situ lah berakhirnya kehidupan dia,,,Alhamdulillah la,, aku sempat selamatkan dia...

aku cuba nk selamatkan dia,,, tp dia mcm marah lak kt aku,,,, mungkin dia ingt aku nk lukakan dia... habis cara dah aku buat,,, sush nk selamatkn... senduk mak aku masak pon aku ambik sbb nk selamatkan anak kucing tuh...hehe..tp x berjaya...

last2 aku tarik telinga dia,,terpaksa tarik...lau x cmne nk selamatkan dia...
lubang toilet,,,paham2 la sempit... nasib baik dia x melawan...
Alhamdulillah....dpt selamatkan...gembiranya aku bila anak kucing tu selamat... =))))))))))))

pastu dia larikan diri,,,kt tempat tersembunyi...
aku tinggalkan dia... 10 minit kemudian, aku pi tgk dia,,,,
dia tertidur,,, sgt cuteeee....

harap mak dia jumpa dia n bg dia makan... aku da bg dia makan,, tp dia xnk...mungkin dia belum makan makanan org luar kot...haha

btw,,, Alhamdulillah dia masih hiduppp....

Wassalam...

Awas...!!!!....Irshad Manji Ke Malaysia

Assalamualaikum...

korang mesti tertanya sapa tu Irshad Manji...sebelum pape, korang baca la ni..
aku  xreti terangkan...






Seluruh negara digemparkan dengan kehadiran Irshad Manji ke Malaysia yang dilihat sebagai ancaman besar kepada Islam. Tambahan lagi, beliau sendiri mengakui bahawa kehadirannya ke Malaysia adalah untuk meneruskan perjuangan beliau yang menjulang tinggi konsep fahaman Islam Liberal.
Irshad Manji, wanita 49 tahun berasal daripada Afrika Timur ini merupakan seorang jurnalis dan pengacara badan reformis Islam di Kanada. Beliau sering diberikan penghargaan atas kelantangannya bersuara. Sebagai seorang presiden dan pengasas kumpulan Moral Courage Project, beliau menggunakan pengaruh yang ada untuk melebar-luaskan fahaman beliau ke beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

19 Mei 2012, sebuah buku hasil tulisan beliau yang terbaru telah dilancarkan di Malaysia. Buku yang bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ itu dicetak dalam pelbagai versi. Pengisian dalam buku tersebut tidak jauh lari daripada pengisian buku-buku tulisannya sebelum ini yang benar-benar menghina Islam. Rasulullah SAW turut dihina di dalam bukunya yang bertajuk 'Beriman Tanpa Rasa Takut: Tentangan Umat Islam Saat Ini’.

Liberalisma : Memperjuangkan kebebasan dalam kehidupan tanpa keterikatan dengan konsep keagamaan dan menuntut hak sama-rata.

Berpegang kepada konsep fahaman Islam Liberal, Irshad Manji yang juga merupakan seorang lesbian tegar menunjukkan kepada kita natijah daripada budaya menjadikan persepsi sebagai satu-satunya sandaran dalam corak pemikiran hingga akhirnya agama itu dipisahkan secara total daripada sistem kehidupan manusia.

Aqidah yang dipasakkan semantapnya dalam hati kecil kita mampu menjadi benteng dalam kita terus melangkah sebagai hambaNya atas muka bumi di akhir zaman ini. Isu aqidah yang dipermainkan ini harus diberi perhatian oleh semua pihak termasuklah mahasiswa.

Tuntutan atas mahasiswa dalam mendepani isu ini ialah :

1. Mahasiswa haruslah memberi lebih penekanan kepada ilmu fardhu ain seperti ilmu ‘Aqidah kerana era moden kini benar-benar menuntut supaya kita sentiasa berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Sabda Rasulullah SAW:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)

2. Mahasiswa Islam harus memupuk budaya cakna isu sekaligus mengkaji sesuatu perihal yang berlaku. Sedarlah bahawa tidak semua perkara itu hanya bersandarkan kepada logik akal semata-mata.

وَذِكْرَى لأولِي الألْبَابِ
Maksudnya : “Dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.”
(QS. Shaad: 43)

Akhir kalam, hidayah itu milik mutlak Allah yang Maha Menguasai. Bersamalah kita berdoa agar Irshad Manji diberikan petunjuk oleh Allah yang Maha Pengasih. Siapa tahu kelantangannya bersuara mempermainkan isu aqidah kini merupakan titik awal kepada kelantangannya bersuara menegakkan Islam di mata dunia kelak....

>>>>dripada blog PMIUTM...

Lukisan Jalanan 3D

Assalamualaikum...

time kecik2 dulu,, aku mmg nk jd seorang pelukis,,, tp tu hobi la,,,
tp x pro sangat,, sbb bila lukis jer,, kepala jer lepas,,, badan x lepas...hahaha
masih belajar kot.... bila tengok lukisan2 ni,, aku terpegun la,,, diorang guna konsep 3D...perhhhh cun dowhh...hahaha

jom tengok....

 putus tangan..adui,,

 mintak sedekah sikit...

 rama2 cun...

 bersukan duluh...

 lau tempt keje cmni??

 air terjun tuh..

 aliran air...cun

 perempuan tu bukan lukisan...hahaha



lau nk tgk byk lg...search jer 3d drawing...mcm2 jenis ada...haha... k..

Wassalam...

Matematik ♥

Assalamualaikum...

ni nk citer sikit la sal math... sikit jer.. mentang2 la aku ni bakal cikgu math...INSYAALLAH...Aminnnn...
Math ni ramai yg x suka,,ak pasti,, sbb dulu pn aku x suka...
aku pndai operasi tolak dan bahagi time darjah 3, tu pn sepupu aku ajar,,,

bila da start pndai, mula minat math aku smakin tinggi,,, smpai la skrng...haha

eh, lari topik lak...
math ni kalau nk tgk,, ada rahsia jgk,,, rhsinya kita tgk pada solution la...
byk symbol bila kira2,,bila diubah dan direka... jd i love u lak...
jd ayat2 cinta lak...hahaha

lau kita tgk love...dia ada sementri HEARTkn... ni tunjukkan sebelah laki dan sebelah perempuan...
love bentuk dia sama kn...ni menunjukkan
"lelaki yg baik untuk wanita yg baik" n sebaliknya...hehe

Insyaallah semua dpt yg baik...^^

dengan math, org dpt luahkan cintanya...cm nobita... tgk gmbr tuh...haha
lau kita tgk,, kita kn suka sorang2...bukan gila,,, tp gembira...

tp kn ngn math jgk la, kita dapat buat rahsia,,,contohnya buat kod...
dlm hidup kita, semuanya ada math...
so suka la kt math,,,

(cm tunggang langgang jer ayat aku ni)..haha

btw...

suka la math..
Wassalam..

PEREMPUAN RM 10,000

ASSALAMUALAIKUM....

hari ni nk kongsi la sikit pasal perempuan...
bila nk kawen, msti ada temannya, so, bila nk nikah tu ada harganya bg kaum HAWA...
yg mahal mstilah baiknya tinggikan...bila dah solehah, keluarga tenang dan aman serta bahagia di dunia dan akhirat....kalau boleh shap pn nk macam ni...heeeee



yg kat atas ni lau 50K pn shap sanggup bayar....memang keluarga bahagi lah...Insyaallah...^^
Wassalam..

Welcome Kelantan,,,Im hOme

Assalamualaikum...

haaa.... Alhamdulillah,, bersyukur lah sbb aku smpai di rumah dengan selamat...
dapat jumpa ayah n mak n family... love them...muaahhhh,,,,heeee
bila da smpai apa lg...MAKANNNNNNNN!!!!!!heeee....

bestnya mkn kt rumah dr Kolej...Kolej makan semua beli,,
lau kt umah semua masak...tp mak aku la masak...sedappppppppppp....heee

BTW,,kt rumah da ad wifi,, laju la jgk,, STREAMYX,,,,
lau xder streamyx, xdpt la nk berblogging...hahaha...
dulu xde wifi sush giler..... pakai broadband pn,,, 1 bar jer ada tu pn GPRS..bukan 3G...hahaha

tp skrng da ada wifi,,, Alhamdulillah,,, kakak yg pasang,,, i guna jer..haha
erm,,,,Azan dah kedengaran da ni,,, Subuh sedang memanggil...
solat dulu,, pastu tidoq.(walaupn da tidur atas bas)..hahaha,,,

penat perjalanan jauh,,,

k..

Wassalam...

Hari Guru ke Hari Apa ni?? + Isu Parking

Assalamualaikum...

pagi td ada lah sambutan hari guru yg aku ckp td...
tp kan aku betul2 x puas hati la,, tu bukan hari guru, tp hari ucapan terlama sedunia...
perhhhhh,,, ucapan yg diberi oleh seorang pensyarah lama gila, dekat 1 jam....
baru 1 pensyarah,, kalau 3,????? hrmmmm.....

lgpn ucapan tu bukan pasal hari guru langsung,, tp pasal peraturan plak...
geramnya aku... yg aku x puas hati skali la,, pasal parking, aku malas nk citer jer...tp aku citer sikit la...

ada ker patut,, buat arking habis beribu,, last2 xleh parking,,, aper ke BODOH cmtuh,,, eeeeeee geram,,maklum la,, kenderaan bukan kegunaan, tp kemudahan,, mmg la kemudahan, tp kalau da dia suh parking 500m jauhnya dari tmpt kolej kediaman,, buat penat la bawak kenderaan..

aku yg nk bawak motor pn rasa malas sudah ngn parking ni,,, geram betul la...ermmmm...
nasib baik malam ni balik... tenang jugak hati aku...heeeeeeeeeeeee....

ermm... tu jer kot sesi luah perasaan yg aku geram....
erm...k

wassalam...

"SAYA MAHU RIJENG BALIK"""

Pagi Yang Indah

Assalamualaiumussalam...

pagi ni semua orang byk dah ada kt rumah...aku n rumate lom balik lg..
biasa la setia,, haha... rumah sama2 kt kelantan,, senang,,, beli tiket sama,,heeee
lgpn aku ni blom tidur 1 ari lg ni...hahaha

arini akan diadakan majlis hari guru...
so majlis tu aku kn hadir walaupn terpaksa, dan aku kn tidur disana..hehe

semua da fikir pasal balik...kemas barang...
aku ni tabiat bila jer nk balik, malas pulak,, bila da smpai rumah,,xnk dtg sini pulak...hhuhuhu

TAPI kn aku ada berita GEMBIRA...

Mak aku nk beli MOTOR kt aku...
WAAAAAAAAAAAAAAAA..... tp pakai duit aku la,,, da besar kan,,,xnk sushkn mak ayah,, nk bende, beli sendiri,, baru berdiri diatas kaki namanya(berdikari)...haha

xsabar nk naik motor baru,,, finally aku dpt merasa motor baru...yay...
hehehe.... boleh merempit di maktab..YAYYYY!!1!!!!m..hehehe

Tu jer...pastu malam ni balik suda aku... .. balik umah n tido..hahah

k
wasallam...

Makan2...

Assalamualaikum...

boring la... semua xder ni...ada yg pi keluar, ada yg tgk movie,,,
makan pn belum lg ni,,, nk ajak kawan pn, semua busy..

lau cmni, makan makanan yg cun2 sedap ni...heeeee


xde jual ke ni ek.... mcm sedap jah ni...creative kan...
dapat makan ni, sah kenyang kalau makan sorang la...haha
mkn rmai2,,, seronok tp xkenyang...haha

p/s : xde motif langsung...haha

25 sen pun jd la (nampak berkembang XP)

Assalamualaikum...

time aku buat blog dulu,,,aku just tulis2 jer... tp xde la manager2 ni...
tgk semua blog ada manager...semua pakai NUFFNANG...aku pn nk try nuffnang la jgk, kot2 ada rezeki.... sbb ramai belogerr tegar pakai nuffnang utk manager...heee







so aku cuba la...
da lama sikit,,, tgk2 ada 25 sen...hahahahah...mcm x percaya aku..haha...
blog mcm ni pn dapat duit...haha...25 sen pn jd la...ni menunjukkan aku leh pg jauh nih,...hahaha
mcm nk edit blog lg lak...hahaha...

yg da berbelog,, cuba lah nuffnang...haha

p/s : Mrs Bean pn boleh cuba...haha
mana tau ada rezeki..heeeeeeeee

k,
Wassalam,,,,

Follower ke-100 ! ! !

Assalamualaikum,,,heeeeee

Tahniah kt budak follower yg ke-100 ni...
dia ckp nk hadiah... tp mmg sebenarnya aku nk bg hadiah kpd follower yg ke 100 sebenarnya..haha
tp lain pulak..mcm2 dia nk..ish..hahaha...biasa la tuh bila dah menang...hahaha

aku xtau la sapa budak ni..
dengar kata budak jiwang... ya ka?????
dengar kata dia suka lagu SEMUA TENTANG KITA....mmg betul laaaaaaaaaa,,,, tgk blog dia mmg lagu tuh,,, sah ni jiwang...haha

pastu kan aku tgk dia ni kan,
ber,,,,,,,
  • cool
  • rajin
  • berintegriti
  • berwawasan
  • berpandangan jauh
     
 yer ker tuh.... yer kot.... yg penting aku dengar budak ni gagah orangnya.... dia minat aktiviti lasak...
bagusnya budak ni.... lasak2 pn, jiwang orangnya...hahahaha...
pastukan dia ada buat permintaan agar
"semua doakan supaya dia cepat sembuh"

ni ayatnya,,,

""""seriously, saya nak sembuh. :( sembuh sepenuhnya. doakan. doakan. doakan saya."""

Aminnnn semua....
Insyaallah, dengan berkat semua pembaca dia cepat sembuh,,, kesian jgk aku tgk dia,,, asyik pukul kaki jer...Mungkin Allah bg dia kesakitan ni mungkin ada kebaikan disebaliknya...
Insyaallah....

byetheway,, tahniah sekali lagi kepada follower ke-100...
nnti aku belanja ko...tp sem depan la..heeeeeeeeeeeeee

k... Assalamualaikum..

Exam Daaaahhhhh H.A.B.I.S ! ! ! ! !

Assalamualaikum....

waaaaa....exam baru jer habis....MErdekanya rasa..haha.. sapa x rasa merdeka ..heeeeeee
Alhamdulillah ya Allah...
buat pertama kalinya aku dapat jawab dengan tenang...walaupun ada yg xdpt jawab... tu biasalah, kelemahan ku...huhu

x terkata aku ni rasa merdeka...seronok sangat...pasni dpt jumpa PAMILI...yahoooo...
balik kampung....ooo balik kampung.... ooo naik moto baru...ops...hahaha
tp seronok ni utk sem ni jer,,, sem depan ada exam lak...
lantak la... yg penting arini ari pemerdekaannyapun aku...hahaha

tp sebelum balik... kene la enjoy ngn kawan....x sabarnya
enjoy kt TESCO jer la...tu la tempat yg strategik... waaaa..... MERDDEKA ♥♥♥♥♥

Ciri2 Suami Awesome

Assalamualaikum...
Insyaallah, cik boleh jd cmni...
slow2 sama2 kita berubah,.,,hehe



Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )
 
 

Betapa Berharganya Bulan Rejab(Bulan Allah)


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Doa Bulan Rejab

Assalamualaikum...
sama2 kita berdoa pada bulan Rejab..^^
dan sama2 kita puasa...^^


Aminn....

Assalamualaikum...

Study + Suka Tolong Kawan


arini orang sibuk study, maklumla esok exam. semua struggle nk dpt tinggi lam exam,,
sapa xnk...aku pn nk,, so, nk tinggi kene la study tinggi...
STUDY GEMPAK, RESULT GEMPAK...haha
tp kan aku benci yg org kuat study ckp cmni kt org yg kurang study..

"harap x menangis time jawab exam"...

aku bukan apa, sedih jgk bila org ckp cmtu kt kawan kita sendiri,
bukan pa, bg jer la semangat kt dia, mana tau dia pn study time korang tgh tido,,
korang mana tau,,, kadang2 yang byk study tuh, markahnya kurang dari yg kurang study,,,
aku ada bukti, tp malas nk gtau...

mmg bagus pn study, tu aku xnafikan, sbb korang akan rasa tenang bila jawab exam,,,
mmg aku ni org x suka study gak...hahahaha... tp study la jgk,, gila apa x study,,,
tp tabiat aku kn,,haha


Bosan Tahap gabang



salam semua
 
kenapa la aku bosan sgt time study week
orang sibuk study, aku sibuk ngn bosan

nk suh aku study, lmbt lg,,hahaha
xtau dah aku nk buat apa
lau ada motor ni, satu penang aku jalan2 ngn motor,
nasib baik xdak motor,

lau kt rumah,
aku kn pusing2 kampung,
tgk pemandagan,, perhh best siot,,

nk keluar ngn bas pn, aku x minat pi mall,,
pastu lau tgk wayang, lg la x minat,
tp lau kene paksa,, on sajalah,,hehe


aku tulis ni pn sbb bosan tahap gabang gak,
xtau nk buat apa,, ish,,, bosannya,,,
tidur???lg la aku x suka, buang masa,,haha

bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!